owner
![]() " I just wanna fly away with my friend from all the bitch for a while " tagboard Credits
| Story of my life
Assalamualaikum para pembaca sekalian dan salam sejahtera diucapkan :)
Wah, lama jugak tak buat ayat macam tu, last sekali buat tahun lepas (2013) time SPM lah kata kan . Jenuh jugak fikir nak buat ayat macam mana, haha . Back to the title of this post , duh betul ke macam salah je . Maklumlah bukan pandai sangat dalam bahasa english ni , hentam sajalah . Okay . Setelah sekian lama menjadi penganggur setia , aku sangat bosan duduk di rumah dan sedikit cemburu kepada kawan-kawan ku , sebab apa ? Sebab dia orang ada duit poket sendiri dalam masa 3 bulan ni . Hm ruginya tak kerja . Salah aku jugak tak nak cari , tunggu anak orang kaya masuk meminang dulu kot , hehe . Gedik ! Rindunya dekat dia , dekat hamba Allah yang baik orangnya . Apa khabar dia sekarang ni ? Tengah buat apa ? Sihat ke ? Okay ke ? Rindu ke dia kat aku ? Dah ada pengganti ke ? Macam-macam aku fikir sebenarnya . Kesian sebenarnya aku dengan dia , ada kawan macam tak ada kawan , semuanya nampak tak ikhlas berkawan dengan dia malah kawan lama dia jugak nampak tak suka berkawan dengan dia . Bukan nak berprasangka buruk tapi itu yang aku tengok cara kawan dia layan dia . Selalu dihina dan dikutuk tapi dia buat tak endah je dan layan kawan dia macam biasa . I don't know he just prentending or he really sincere friends with them . Aku cuma mampu berdoa je mudah-mudahan akan ada orang yang ikhlas nak berkawan dengan dia bukan kerana harta mahupun rupa , amin . InsyaAllah . Okay . Stop story about hamba Allah yang aku rindu tu . Sekarang ni rindu pulak aku dekat kawan-kawan aku yang dah lama tak jumpa . Rindu gila , bosan betul tak ada dia orang . Honestly , aku agak kecewa dengan beberapa orang kawan aku ni . Dia orang macam dah tak nak kawan . Tak tahu sebab apa . Nak kata aku ada buat jahat dekat dia orang, rasanya tak pernah . Jenuh jugak fikir apa kesalahan diri ni dekat kawan aku ni . Sebab setahu aku last exam SPM , sikit pun aku tak fikir yang buruk-buruk , tak kutuk , dan segala macam yang buruk-buruk lah . Kadang tu ada yang tak suka aku dan benci aku sebab markah aku lebih tinggi daripada dia orang . Aku buat yang terbaik dan yang termampu je , tak pernah pulak aku jawab exam sebab kawan , duh kadang tak faham aku dengan dia orang ni . Dengki tak bertempat . Kawan berjaya pun nak dengki , siapa suruh tak buat betul-betul . Hm tapi apa-apa pun aku yakin masa SPM dulu dia orang buat yang terbaik . Aku doakan kejayaan kawan-kawan aku dan jugak diri aku , amin . Aku ada satu ayat ni , di petik dari twitter , haha .
Seriously , kawan aku memang dah makin berkurang sekarang ni , sedih gila . Ya Allah kenapa semua makin jauh dari aku , sungguh aku terseksa dengan keadaan macam ni . Ada yang tak ikhlas berkawan pun ada . Honestly , aku tak suka bila kawan-kawan aku mula mengumpat pasal kawan sendiri , kadang-kadang tu rasa, andai kata kalau aku tak ada dengan dia orang sekarang ni , dia orang mengumpat pasal aku tak sekarang ni . Hm hanya Allah je yang tahu semua tu , kalau dia orang mengumpat sekalipun aku tak tahu nak kata apa , sebab aku sendiri tak buat salah dengan dia orang dan tak mengumpat pasal dia orang pun . Kadang tu aku berhati-hati dalam membuat sesuatu perkara sebab tak nak jadi umpatan kawan-kawan aku . Tapi tak ada lah terlalu berhati-hati , sebab macam tak jujur dengan diri sendiri pun ada jugak dan tak tunjukkan siapa kita yang sebenarnya dekat kawan kita . Bila cerita pasal kawan , rasa sedih pulak . Yelah , kawan orang ketiga selepas Allah dan keluarga yang aku percaya dan tempat aku mengadu , meminta tolong , tempat aku meluahkan perasaan dan segala masalah yang aku hadapi , tak semua masalah lah yang aku nak kongsi . Hm sampai sini je lah aku cerita . Cerita banyak-banyak pun tak guna jugak kan? Okay lah . Assalamualaikum :) |